Monday, July 26, 2010

Cita-cita Saya

Hari ini 25 Julai 2010, ibu telah menyediakan satu buku Yassin untuk saya. Di dalam buku itu juga ada Lafadz Azan untuk saya belajar. Pada hari Jumaat yang lalu iaitu 23Julai 2010 saya telah ke masjid bersama-sama ayah. Apabila balik dari masjid saya bercerita kepada ibu, kakak & adik saya yang saya mendengar satu "azan" yang "cantik" sangat bunyi nyer....Saya beritahu "Muhammad suka sangat dengar...Tapi tak boleh nak ikut...Macam mana yer?" Lepas tu Cik Nyah cuba azan...Tapi saya kata "Tak sama, lain, tak cantik bunyi nyer..." Kata saya. Lepas tu ibu pula cuba...Pun sama tak seperti kat masjid....

Esoknya ibu share Lafadz Azan Yang Merdu dari Youtube dan masukkan ke blog saya....Saya dengar 5 kali dan berasa sangat gembira...Hari ni....Ibu tolong saya lagi iaitu ibu print dari
http://www.quranexplorer.com/quran/ surah Yaseen dan Lafadz Azan dari http://www.islamicfinder.org/. Jadi saya boleh baca Yaseen dan belajar Adzan dengan mudah. Saya telah hafal Yaseen 26 ayat semasa di Tadika Al-Hadhanah di Kota Kinabalu dulu. Tapi sekarang saya dah banyak lupa. Jadi ibu cadangkan saya supaya hafal semula. Hari ini saya telah baca 10 ayat Yaseen dan akan cuba hafal dalam masa 7 hari ni....Saya yakin INSYAALLAH saya akan berjaya....Lafadz Azan saya dah hafal, cumaaaa.....masih tak boleh nak baca dengan "cantik" lagi...Saya akan cuba lagi...

Dari laptop ayah....


Ini gambar ketika ibu sedang cetak dari komputer...

Ini le dia....Jarak dekat....Ada nama saya...

Ini buku yang ibu buatkan untuk saya...
Ada Surah Yaseen dan Lafadz Azan di dalamnya...



Awal Yaseen....Besar tulisannya....Senang nak baca...




Habis dah...

Ini Lafadz Azan....


Ini adik saya Asila.....Dia berumur 4 tahun...
Gambar ni diambil semasa dia belajar IQRA' 2....
Kami akan belajar mengaji sebelum waktu maghrib
tiap2 hari bersama2 dengan ibu saya...

Nukilan,
Muhammad Afif,
25 Julai 2010.

Saturday, July 24, 2010

Beautiful Azan from Egypt





سُوۡرَةُ یسٓ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

يسٓ (١) وَٱلۡقُرۡءَانِ ٱلۡحَكِيمِ (٢) إِنَّكَ لَمِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ (٣) عَلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬ (٤) تَنزِيلَ ٱلۡعَزِيزِ ٱلرَّحِيمِ (٥) لِتُنذِرَ قَوۡمً۬ا مَّآ أُنذِرَ ءَابَآؤُهُمۡ فَهُمۡ غَـٰفِلُونَ (٦) لَقَدۡ حَقَّ ٱلۡقَوۡلُ عَلَىٰٓ أَكۡثَرِهِمۡ فَهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ (٧) إِنَّا جَعَلۡنَا فِىٓ أَعۡنَـٰقِهِمۡ أَغۡلَـٰلاً۬ فَهِىَ إِلَى ٱلۡأَذۡقَانِ فَهُم مُّقۡمَحُونَ (٨) وَجَعَلۡنَا مِنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ سَدًّ۬ا وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ سَدًّ۬ا فَأَغۡشَيۡنَـٰهُمۡ فَهُمۡ لَا يُبۡصِرُونَ (٩) وَسَوَآءٌ عَلَيۡہِمۡ ءَأَنذَرۡتَهُمۡ أَمۡ لَمۡ تُنذِرۡهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ (١٠) إِنَّمَا تُنذِرُ مَنِ ٱتَّبَعَ ٱلذِّڪۡرَ وَخَشِىَ ٱلرَّحۡمَـٰنَ بِٱلۡغَيۡبِۖ فَبَشِّرۡهُ بِمَغۡفِرَةٍ۬ وَأَجۡرٍ۬ ڪَرِيمٍ (١١) إِنَّا نَحۡنُ نُحۡىِ ٱلۡمَوۡتَىٰ وَنَڪۡتُبُ مَا قَدَّمُواْ وَءَاثَـٰرَهُمۡۚ وَكُلَّ شَىۡءٍ أَحۡصَيۡنَـٰهُ فِىٓ إِمَامٍ۬ مُّبِينٍ۬ (١٢) وَٱضۡرِبۡ لَهُم مَّثَلاً أَصۡحَـٰبَ ٱلۡقَرۡيَةِ إِذۡ جَآءَهَا ٱلۡمُرۡسَلُونَ (١٣) إِذۡ أَرۡسَلۡنَآ إِلَيۡہِمُ ٱثۡنَيۡنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزۡنَا بِثَالِثٍ۬ فَقَالُوٓاْ إِنَّآ إِلَيۡكُم مُّرۡسَلُونَ (١٤) قَالُواْ مَآ أَنتُمۡ إِلَّا بَشَرٌ۬ مِّثۡلُنَا وَمَآ أَنزَلَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ مِن شَىۡءٍ إِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا تَكۡذِبُونَ (١٥) قَالُواْ رَبُّنَا يَعۡلَمُ إِنَّآ إِلَيۡكُمۡ لَمُرۡسَلُونَ (١٦) وَمَا عَلَيۡنَآ إِلَّا ٱلۡبَلَـٰغُ ٱلۡمُبِينُ (١٧) قَالُوٓاْ إِنَّا تَطَيَّرۡنَا بِكُمۡۖ لَٮِٕن لَّمۡ تَنتَهُواْ لَنَرۡجُمَنَّكُمۡ وَلَيَمَسَّنَّكُم مِّنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ۬ (١٨) قَالُواْ طَـٰٓٮِٕرُكُم مَّعَكُمۡۚ أَٮِٕن ذُڪِّرۡتُمۚ بَلۡ أَنتُمۡ قَوۡمٌ۬ مُّسۡرِفُونَ (١٩) وَجَآءَ مِنۡ أَقۡصَا ٱلۡمَدِينَةِ رَجُلٌ۬ يَسۡعَىٰ قَالَ يَـٰقَوۡمِ ٱتَّبِعُواْ ٱلۡمُرۡسَلِينَ (٢٠) ٱتَّبِعُواْ مَن لَّا يَسۡـَٔلُكُمۡ أَجۡرً۬ا وَهُم مُّهۡتَدُونَ (٢١) وَمَا لِىَ لَآ أَعۡبُدُ ٱلَّذِى فَطَرَنِى وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ (٢٢) ءَأَتَّخِذُ مِن دُونِهِۦۤ ءَالِهَةً إِن يُرِدۡنِ ٱلرَّحۡمَـٰنُ بِضُرٍّ۬ لَّا تُغۡنِ عَنِّى شَفَـٰعَتُهُمۡ شَيۡـًٔ۬ا وَلَا يُنقِذُونِ (٢٣) إِنِّىٓ إِذً۬ا لَّفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ (٢٤) إِنِّىٓ ءَامَنتُ بِرَبِّكُمۡ فَٱسۡمَعُونِ (٢٥) قِيلَ ٱدۡخُلِ ٱلۡجَنَّةَۖ قَالَ يَـٰلَيۡتَ قَوۡمِى يَعۡلَمُونَ (٢٦) بِمَا غَفَرَ لِى رَبِّى وَجَعَلَنِى مِنَ ٱلۡمُكۡرَمِينَ (٢٧) ۞ وَمَآ أَنزَلۡنَا عَلَىٰ قَوۡمِهِۦ مِنۢ بَعۡدِهِۦ مِن جُندٍ۬ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَمَا كُنَّا مُنزِلِينَ (٢٨) إِن كَانَتۡ إِلَّا صَيۡحَةً۬ وَٲحِدَةً۬ فَإِذَا هُمۡ خَـٰمِدُونَ (٢٩) يَـٰحَسۡرَةً عَلَى ٱلۡعِبَادِ‌ۚ مَا يَأۡتِيهِم مِّن رَّسُولٍ إِلَّا كَانُواْ بِهِۦ يَسۡتَہۡزِءُونَ (٣٠) أَلَمۡ يَرَوۡاْ كَمۡ أَهۡلَكۡنَا قَبۡلَهُم مِّنَ ٱلۡقُرُونِ أَنَّہُمۡ إِلَيۡہِمۡ لَا يَرۡجِعُونَ (٣١) وَإِن كُلٌّ۬ لَّمَّا جَمِيعٌ۬ لَّدَيۡنَا مُحۡضَرُونَ (٣٢) وَءَايَةٌ۬ لَّهُمُ ٱلۡأَرۡضُ ٱلۡمَيۡتَةُ أَحۡيَيۡنَـٰهَا وَأَخۡرَجۡنَا مِنۡہَا حَبًّ۬ا فَمِنۡهُ يَأۡڪُلُونَ (٣٣) وَجَعَلۡنَا فِيهَا جَنَّـٰتٍ۬ مِّن نَّخِيلٍ۬ وَأَعۡنَـٰبٍ۬ وَفَجَّرۡنَا فِيہَا مِنَ ٱلۡعُيُونِ (٣٤) لِيَأۡڪُلُواْ مِن ثَمَرِهِۦ وَمَا عَمِلَتۡهُ أَيۡدِيهِمۡ‌ۖ أَفَلَا يَشۡڪُرُونَ (٣٥) سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡأَزۡوَٲجَ ڪُلَّهَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلۡأَرۡضُ وَمِنۡ أَنفُسِهِمۡ وَمِمَّا لَا يَعۡلَمُونَ (٣٦) وَءَايَةٌ۬ لَّهُمُ ٱلَّيۡلُ نَسۡلَخُ مِنۡهُ ٱلنَّہَارَ فَإِذَا هُم مُّظۡلِمُونَ (٣٧) وَٱلشَّمۡسُ تَجۡرِى لِمُسۡتَقَرٍّ۬ لَّهَا‌ۚ ذَٲلِكَ تَقۡدِيرُ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡعَلِيمِ (٣٨) وَٱلۡقَمَرَ قَدَّرۡنَـٰهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَٱلۡعُرۡجُونِ ٱلۡقَدِيمِ (٣٩) لَا ٱلشَّمۡسُ يَنۢبَغِى لَهَآ أَن تُدۡرِكَ ٱلۡقَمَرَ وَلَا ٱلَّيۡلُ سَابِقُ ٱلنَّہَارِ‌ۚ وَكُلٌّ۬ فِى فَلَكٍ۬ يَسۡبَحُونَ (٤٠) وَءَايَةٌ۬ لَّهُمۡ أَنَّا حَمَلۡنَا ذُرِّيَّتَہُمۡ فِى ٱلۡفُلۡكِ ٱلۡمَشۡحُونِ (٤١) وَخَلَقۡنَا لَهُم مِّن مِّثۡلِهِۦ مَا يَرۡكَبُونَ (٤٢) وَإِن نَّشَأۡ نُغۡرِقۡهُمۡ فَلَا صَرِيخَ لَهُمۡ وَلَا هُمۡ يُنقَذُونَ (٤٣) إِلَّا رَحۡمَةً۬ مِّنَّا وَمَتَـٰعًا إِلَىٰ حِينٍ۬ (٤٤) وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ٱتَّقُواْ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيكُمۡ وَمَا خَلۡفَكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ (٤٥) وَمَا تَأۡتِيہِم مِّنۡ ءَايَةٍ۬ مِّنۡ ءَايَـٰتِ رَبِّہِمۡ إِلَّا كَانُواْ عَنۡہَا مُعۡرِضِينَ (٤٦) وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ أَنفِقُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ قَالَ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ لِلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَنُطۡعِمُ مَن لَّوۡ يَشَآءُ ٱللَّهُ أَطۡعَمَهُ ۥۤ إِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬ (٤٧) وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَـٰذَا ٱلۡوَعۡدُ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ (٤٨) مَا يَنظُرُونَ إِلَّا صَيۡحَةً۬ وَٲحِدَةً۬ تَأۡخُذُهُمۡ وَهُمۡ يَخِصِّمُونَ (٤٩) فَلَا يَسۡتَطِيعُونَ تَوۡصِيَةً۬ وَلَآ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِمۡ يَرۡجِعُونَ (٥٠) وَنُفِخَ فِى ٱلصُّورِ فَإِذَا هُم مِّنَ ٱلۡأَجۡدَاثِ إِلَىٰ رَبِّهِمۡ يَنسِلُونَ (٥١) قَالُواْ يَـٰوَيۡلَنَا مَنۢ بَعَثَنَا مِن مَّرۡقَدِنَاۜ‌ۗ هَـٰذَا مَا وَعَدَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ وَصَدَقَ ٱلۡمُرۡسَلُونَ (٥٢) إِن ڪَانَتۡ إِلَّا صَيۡحَةً۬ وَٲحِدَةً۬ فَإِذَا هُمۡ جَمِيعٌ۬ لَّدَيۡنَا مُحۡضَرُونَ (٥٣) فَٱلۡيَوۡمَ لَا تُظۡلَمُ نَفۡسٌ۬ شَيۡـًٔ۬ا وَلَا تُجۡزَوۡنَ إِلَّا مَا ڪُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (٥٤) إِنَّ أَصۡحَـٰبَ ٱلۡجَنَّةِ ٱلۡيَوۡمَ فِى شُغُلٍ۬ فَـٰكِهُونَ (٥٥) هُمۡ وَأَزۡوَٲجُهُمۡ فِى ظِلَـٰلٍ عَلَى ٱلۡأَرَآٮِٕكِ مُتَّكِـُٔونَ (٥٦) لَهُمۡ فِيہَا فَـٰكِهَةٌ۬ وَلَهُم مَّا يَدَّعُونَ (٥٧) سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬ (٥٨) وَٱمۡتَـٰزُواْ ٱلۡيَوۡمَ أَيُّہَا ٱلۡمُجۡرِمُونَ (٥٩) ۞ أَلَمۡ أَعۡهَدۡ إِلَيۡكُمۡ يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ أَن لَّا تَعۡبُدُواْ ٱلشَّيۡطَـٰنَ‌ۖ إِنَّهُ ۥ لَكُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬ (٦٠) وَأَنِ ٱعۡبُدُونِى‌ۚ هَـٰذَا صِرَٲطٌ۬ مُّسۡتَقِيمٌ۬ (٦١) وَلَقَدۡ أَضَلَّ مِنكُمۡ جِبِلاًّ۬ كَثِيرًا‌ۖ أَفَلَمۡ تَكُونُواْ تَعۡقِلُونَ (٦٢) هَـٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِى كُنتُمۡ تُوعَدُونَ (٦٣) ٱصۡلَوۡهَا ٱلۡيَوۡمَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ (٦٤) ٱلۡيَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰٓ أَفۡوَٲهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَآ أَيۡدِيہِمۡ وَتَشۡہَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ (٦٥) وَلَوۡ نَشَآءُ لَطَمَسۡنَا عَلَىٰٓ أَعۡيُنِہِمۡ فَٱسۡتَبَقُواْ ٱلصِّرَٲطَ فَأَنَّىٰ يُبۡصِرُونَ (٦٦) وَلَوۡ نَشَآءُ لَمَسَخۡنَـٰهُمۡ عَلَىٰ مَڪَانَتِهِمۡ فَمَا ٱسۡتَطَـٰعُواْ مُضِيًّ۬ا وَلَا يَرۡجِعُونَ (٦٧) وَمَن نُّعَمِّرۡهُ نُنَڪِّسۡهُ فِى ٱلۡخَلۡقِ‌ۖ أَفَلَا يَعۡقِلُونَ (٦٨) وَمَا عَلَّمۡنَـٰهُ ٱلشِّعۡرَ وَمَا يَنۢبَغِى لَهُ ۥۤ‌ۚ إِنۡ هُوَ إِلَّا ذِكۡرٌ۬ وَقُرۡءَانٌ۬ مُّبِينٌ۬ (٦٩) لِّيُنذِرَ مَن كَانَ حَيًّ۬ا وَيَحِقَّ ٱلۡقَوۡلُ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ (٧٠) أَوَلَمۡ يَرَوۡاْ أَنَّا خَلَقۡنَا لَهُم مِّمَّا عَمِلَتۡ أَيۡدِينَآ أَنۡعَـٰمً۬ا فَهُمۡ لَهَا مَـٰلِكُونَ (٧١) وَذَلَّلۡنَـٰهَا لَهُمۡ فَمِنۡہَا رَكُوبُہُمۡ وَمِنۡہَا يَأۡكُلُونَ (٧٢) وَلَهُمۡ فِيہَا مَنَـٰفِعُ وَمَشَارِبُ‌ۖ أَفَلَا يَشۡكُرُونَ (٧٣) وَٱتَّخَذُواْ مِن دُونِ ٱللَّهِ ءَالِهَةً۬ لَّعَلَّهُمۡ يُنصَرُونَ (٧٤) لَا يَسۡتَطِيعُونَ نَصۡرَهُمۡ وَهُمۡ لَهُمۡ جُندٌ۬ مُّحۡضَرُونَ (٧٥) فَلَا يَحۡزُنكَ قَوۡلُهُمۡ‌ۘ إِنَّا نَعۡلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعۡلِنُونَ (٧٦) أَوَلَمۡ يَرَ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَنَّا خَلَقۡنَـٰهُ مِن نُّطۡفَةٍ۬ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ۬ مُّبِينٌ۬ (٧٧) وَضَرَبَ لَنَا مَثَلاً۬ وَنَسِىَ خَلۡقَهُ ۥ‌ۖ قَالَ مَن يُحۡىِ ٱلۡعِظَـٰمَ وَهِىَ رَمِيمٌ۬ (٧٨) قُلۡ يُحۡيِيہَا ٱلَّذِىٓ أَنشَأَهَآ أَوَّلَ مَرَّةٍ۬‌ۖ وَهُوَ بِكُلِّ خَلۡقٍ عَلِيمٌ (٧٩) ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُم مِّنَ ٱلشَّجَرِ ٱلۡأَخۡضَرِ نَارً۬ا فَإِذَآ أَنتُم مِّنۡهُ تُوقِدُونَ (٨٠) أَوَلَيۡسَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ بِقَـٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يَخۡلُقَ مِثۡلَهُم‌ۚ بَلَىٰ وَهُوَ ٱلۡخَلَّـٰقُ ٱلۡعَلِيمُ (٨١) إِنَّمَآ أَمۡرُهُ ۥۤ إِذَآ أَرَادَ شَيۡـًٔا أَن يَقُولَ لَهُ ۥ كُن فَيَكُونُ (٨٢) فَسُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِى بِيَدِهِۦ مَلَكُوتُ كُلِّ شَىۡءٍ۬ وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ (٨٣)


NAMA :
Muhammad Afif Bin Abdul Aziz


UMUR SAYA
:
6 Tahun


CACATAN
:
Saya bercadang utk menghafal سُوۡرَةُ یسٓ
dan mengalunkan Azan dengan baik.

Salam...Doakan saya berjaya....Amin

Muhammad Afif,

24 Julai 2010...


Wednesday, July 21, 2010

Menolong Ibu....




Saya dah besar dan saya rasa saya telah boleh membantu ibu membuat kerja...


Saya telah beritahu ibu " Ibu, ibu sekarang tak perlu buat banyak kerja lagi, Muhammad dan Asila dah boleh basuh pinggan dan sapu sampah...Ibu hanya perlu masak je..."



Tapi ayah larang saya dan adik saya Asila membasuh pinggan...Ini kerana kami kena panjat kerusi untuk membasuh pinggan di sinki...Jadi kami hanya boleh sapu sampah dan bersihkan rumah sahaja....

Kak Long dan Cik Nyah yang akan membasuh pinggan sekarang...."Nanti bila Muhammad & Asila dah besar, Muhammad & Asila boleh lah buat" kata ayah kepada kami. Jadi sekarang kami kena makan banyak dan minum susu banyak supaya kami cepat besar dan boleh membantu ayah dan ibu...



Kami suka buat kerja kerana buat kerja rumah ni seronok...Kalau basuh pinggan lagi best sebab ada banyak air dan sabun....Hehe...




Ini ada gambar Muhammad sedang membersih rumah.....Ibu yang ambil gambar Muhammad ni...Masa tu Muhammad dah letih dah...



Sebelum buat kerja....Mesti ambil power dulu....Baru boleh buat laju sikit...



Bekerja sambil bermain....Memang seronok...


Saya sedang sibuk ni....Tolong jangan ganggu boleh?


Penat dah ni.....Tapi tak berpeluh pun...
Lepas penat membuat kerja ibu menjamu kami makan buah dan makan roti Turkey yang besar bersama kuah kari dan madu...Saya suka makan roti ni bersama madu....Sedap macam roti canai je...


Besarkan roti ni....Itu tangan Cik Nyah..


Ini blueberries yang kami beli di gerai di hadapan zoo....Manislah juga....
Tapi saya tak suka sangat....

Tu nama dia...Rasanya masam sikit...Ibu yang suka..


Buah Stachelbeeren...Ibu cakap macam buah letup kat Malaysia....
Isi dalam nya manis juga...


Inilah hidangan buah2an kami...



Salam dari Muhammad utk semua....



Bye,


Muhammad Afif Bin Abdul Aziz,
Hannover, Germany.
21.07.2010

Bermain di Playground


Jam 7.00 petang (20 Julai 2010), ibu membawa kami berlima ke playground lagi...Saya yang minta ibu turun ke playground kerana rasa dah jemu duduk di dalam rumah....

Seperti biasa kami bermain dengan gembira...Bising, menjerit dan berlari2 dengan bebas...Sedang saya bermain....Tiba2 saya ternampak kawan sekolah saya pun datang ke playground juga...Rupa2nya Hassan dan adiknya juga datang ke playground bersama ayah mereka....Sebelum ni tak pernah pula berjumpa di playground di hadapan rumah kami ini...Biasanya dalam 1 minggu kami akan ke playground ni lebihkurang 4 atau 5 kali...Tapi baru kali ini kami bertembung dengan Hassan...

Saya berasa sangat seronok dan terus bermain bersama2 Hassan dan adiknya...Ayah Hassan tidak bermain bersama kami...Dia duduk di bangku taman dan membaca buku di sana.

Ibu terus menyuruh kakak saya Nabila naik semula ke rumah utk mengambil kamera. Ini kerana Mak Uda saya yang tinggal di Malaysia ada menyuruh saya menunjukkan gambar kawan baik saya Hassan kepadanya...

OK, Mak Uda dan keluarga di kampung, ini le gambar kawan saya Hassan iaitu orang Muslim yang berasal dari Nigeria dan telah tinggal di Germany ni selama 5 tahun. Ayah dia bekerja di syarikat perkapalan di sini...Hassan dan adiknya boleh berbahasa Deutch (german) dengan baik....Saya belajar dari Hassan..Ayah dan ibu Hassan boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan baik...Jadi Ayah dan ibu suka bercakap dengan mereka...


Kami bermain beramai2 dengan gembira


Hassan memang seorang budak yang kuat dan boleh berlari dengan laju...

Ini adik Hassan....Nama dia Abdul dan dia juga suka bermain dengan kami...




Saya, Cik Nyah, Hassan dan Adul bermain bersama2...


Saya membantu Abdul utk bermain di sini...Mereka tak pakai kasut...Tetapi melucukan apabila nak naik ke sini ada kawasan yang tajam sikit dan panas...Mereka akan kata "oocchh..och...occhhh.." Rupa2 nya sakit juga kaki mereka...



Saya, Hassan dan Abdul bergambar bersama...Hassan memang suka buat lucu macam ni....Dia suka ketawa sambil keluarkan lidahnya...Tak tahu kenapa...

Selepas penat bermain kami balik ke rumah pada jam 8.30 petang dan saya bersalam terlebih dahulu dengan Hassan dan Abdul sebelum balik kerana mereka orang Muslim.....
OK....Ni sahaja cerita dari Muhammad...Bukan senang nak tulis ni....Ibu yang banyak tolong Muhammad.....Muhammad tolong tengok je...Heheheh...
Nukilan,
Muhammad Afif
21.07.2010

Sunday, July 18, 2010

Saya Dah Nak Ke Sekolah...



Bulan Ogos sudah semakin hampir...



Bermakna lagi beberapa minggu saya akan mula ke sekolah....


Saya berumur 6 tahun dan akan mula masuk ke Klasse 1 di Grundschule Auf Dem Loh , Hannover, Germany...Saya mempunyai 2 orang kakak dan seorang adik perempuan...Nama kakak saya adalah Azzatul Husna dan Nabilatul Huda dan nama adik saya Nur Asilah...Saya sayang mereka semua...


Saya berasa amat gembira....Saya ada seorang kawan baik bernama Hassan...Dia berasal dari Negara Nigeria dan berkulit hitam manis....Dia sangat baik dan kami suka bermain bersama-sama. Saya kenal Hassan kerana dia merupakan kawan sekelas saya di dalam kelas penyesuaian pelajar asing di Grundschule Auf Dem Loh...Kami hanya berdua sahaja dalam kelas ini...Apabila saya masuk ke Klasse 1 nanti saya pasti akan berjumpa dengan lebih ramai kawan lagi. Kami pasti akan gembira belajar dan bermain bersama-sama.

Ini sekolah saya..Grundschule Auf Dem Loh..

Pada hari Khamis baru2 ini, ibu telah membawa saya membeli beg sekolah Spongebob & Patrick, beg sukan, pencil case dan kasut sukan. Saya amat gembira....Terima kasih ayah dan terima kasih ibu! Ada banyak lagi yang akan dibeli selepas ini....Pensil, pensil warna dan crayon telah dibeli bulan yang lalu...Ada senarai yang panjang telah diberi oleh pihak sekolah utk memudahkan saya belajar nanti..Saya mesti akan gembira nanti...


Saya telah belajar Bahasa German (Deutch) dari kakak2 saya iaitu Kak Long dan Cik Nyah....Saya juga belajar pelajaran Malaysia di rumah bersama2 dengan ibu saya...Saya telah boleh membaca dan menulis Bahasa Melayu dengan baik...Saya juga belajar Bahasa Inggeris, Mathematics dan Sciences......Saya paling suka pelajaran Bahasa Malaysia kerana 'kacang'...Saya juga suka membaca Majalah Asuh kerana ada cerita 'Godaan Syaitan' yang melucukan...


Saya dan adik saya Asila...

Saya....Macam marah je muka saya tu...Ada belon biru..

Adik saya Asila masuk dalam bakul pakaian..


Saya suka makan keropok..




Ini pun saya suka...

Nukilan,

Muhammad Afif,
18 Julai 2010