Wednesday, July 21, 2010

Bermain di Playground


Jam 7.00 petang (20 Julai 2010), ibu membawa kami berlima ke playground lagi...Saya yang minta ibu turun ke playground kerana rasa dah jemu duduk di dalam rumah....

Seperti biasa kami bermain dengan gembira...Bising, menjerit dan berlari2 dengan bebas...Sedang saya bermain....Tiba2 saya ternampak kawan sekolah saya pun datang ke playground juga...Rupa2nya Hassan dan adiknya juga datang ke playground bersama ayah mereka....Sebelum ni tak pernah pula berjumpa di playground di hadapan rumah kami ini...Biasanya dalam 1 minggu kami akan ke playground ni lebihkurang 4 atau 5 kali...Tapi baru kali ini kami bertembung dengan Hassan...

Saya berasa sangat seronok dan terus bermain bersama2 Hassan dan adiknya...Ayah Hassan tidak bermain bersama kami...Dia duduk di bangku taman dan membaca buku di sana.

Ibu terus menyuruh kakak saya Nabila naik semula ke rumah utk mengambil kamera. Ini kerana Mak Uda saya yang tinggal di Malaysia ada menyuruh saya menunjukkan gambar kawan baik saya Hassan kepadanya...

OK, Mak Uda dan keluarga di kampung, ini le gambar kawan saya Hassan iaitu orang Muslim yang berasal dari Nigeria dan telah tinggal di Germany ni selama 5 tahun. Ayah dia bekerja di syarikat perkapalan di sini...Hassan dan adiknya boleh berbahasa Deutch (german) dengan baik....Saya belajar dari Hassan..Ayah dan ibu Hassan boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan baik...Jadi Ayah dan ibu suka bercakap dengan mereka...


Kami bermain beramai2 dengan gembira


Hassan memang seorang budak yang kuat dan boleh berlari dengan laju...

Ini adik Hassan....Nama dia Abdul dan dia juga suka bermain dengan kami...




Saya, Cik Nyah, Hassan dan Adul bermain bersama2...


Saya membantu Abdul utk bermain di sini...Mereka tak pakai kasut...Tetapi melucukan apabila nak naik ke sini ada kawasan yang tajam sikit dan panas...Mereka akan kata "oocchh..och...occhhh.." Rupa2 nya sakit juga kaki mereka...



Saya, Hassan dan Abdul bergambar bersama...Hassan memang suka buat lucu macam ni....Dia suka ketawa sambil keluarkan lidahnya...Tak tahu kenapa...

Selepas penat bermain kami balik ke rumah pada jam 8.30 petang dan saya bersalam terlebih dahulu dengan Hassan dan Abdul sebelum balik kerana mereka orang Muslim.....
OK....Ni sahaja cerita dari Muhammad...Bukan senang nak tulis ni....Ibu yang banyak tolong Muhammad.....Muhammad tolong tengok je...Heheheh...
Nukilan,
Muhammad Afif
21.07.2010

No comments:

Post a Comment