Sunday, July 18, 2010

Saya Dah Nak Ke Sekolah...



Bulan Ogos sudah semakin hampir...



Bermakna lagi beberapa minggu saya akan mula ke sekolah....


Saya berumur 6 tahun dan akan mula masuk ke Klasse 1 di Grundschule Auf Dem Loh , Hannover, Germany...Saya mempunyai 2 orang kakak dan seorang adik perempuan...Nama kakak saya adalah Azzatul Husna dan Nabilatul Huda dan nama adik saya Nur Asilah...Saya sayang mereka semua...


Saya berasa amat gembira....Saya ada seorang kawan baik bernama Hassan...Dia berasal dari Negara Nigeria dan berkulit hitam manis....Dia sangat baik dan kami suka bermain bersama-sama. Saya kenal Hassan kerana dia merupakan kawan sekelas saya di dalam kelas penyesuaian pelajar asing di Grundschule Auf Dem Loh...Kami hanya berdua sahaja dalam kelas ini...Apabila saya masuk ke Klasse 1 nanti saya pasti akan berjumpa dengan lebih ramai kawan lagi. Kami pasti akan gembira belajar dan bermain bersama-sama.

Ini sekolah saya..Grundschule Auf Dem Loh..

Pada hari Khamis baru2 ini, ibu telah membawa saya membeli beg sekolah Spongebob & Patrick, beg sukan, pencil case dan kasut sukan. Saya amat gembira....Terima kasih ayah dan terima kasih ibu! Ada banyak lagi yang akan dibeli selepas ini....Pensil, pensil warna dan crayon telah dibeli bulan yang lalu...Ada senarai yang panjang telah diberi oleh pihak sekolah utk memudahkan saya belajar nanti..Saya mesti akan gembira nanti...


Saya telah belajar Bahasa German (Deutch) dari kakak2 saya iaitu Kak Long dan Cik Nyah....Saya juga belajar pelajaran Malaysia di rumah bersama2 dengan ibu saya...Saya telah boleh membaca dan menulis Bahasa Melayu dengan baik...Saya juga belajar Bahasa Inggeris, Mathematics dan Sciences......Saya paling suka pelajaran Bahasa Malaysia kerana 'kacang'...Saya juga suka membaca Majalah Asuh kerana ada cerita 'Godaan Syaitan' yang melucukan...


Saya dan adik saya Asila...

Saya....Macam marah je muka saya tu...Ada belon biru..

Adik saya Asila masuk dalam bakul pakaian..


Saya suka makan keropok..




Ini pun saya suka...

Nukilan,

Muhammad Afif,
18 Julai 2010

No comments:

Post a Comment