Saya dah besar dan saya rasa saya telah boleh membantu ibu membuat kerja...
Saya telah beritahu ibu " Ibu, ibu sekarang tak perlu buat banyak kerja lagi, Muhammad dan Asila dah boleh basuh pinggan dan sapu sampah...Ibu hanya perlu masak je..."
Tapi ayah larang saya dan adik saya Asila membasuh pinggan...Ini kerana kami kena panjat kerusi untuk membasuh pinggan di sinki...Jadi kami hanya boleh sapu sampah dan bersihkan rumah sahaja....
Kak Long dan Cik Nyah yang akan membasuh pinggan sekarang...."Nanti bila Muhammad & Asila dah besar, Muhammad & Asila boleh lah buat" kata ayah kepada kami. Jadi sekarang kami kena makan banyak dan minum susu banyak supaya kami cepat besar dan boleh membantu ayah dan ibu...

Kami suka buat kerja kerana buat kerja rumah ni seronok...Kalau basuh pinggan lagi best sebab ada banyak air dan sabun....Hehe...
Ini ada gambar Muhammad sedang membersih rumah.....Ibu yang ambil gambar Muhammad ni...Masa tu Muhammad dah letih dah...
Sebelum buat kerja....Mesti ambil power dulu....Baru boleh buat laju sikit...
No comments:
Post a Comment